Pages

Search This Blog

Sunday, 22 May 2011

RuMah aNak Yatim

Assalamualaikum
Bersua kembali kita dimasa ini..


Haaaaa~~~ hari ini aku ada baca cerita pula nak dikongsi kan bersama. Apa yang aku nak cerita kan ini adalah cerita yang baru sahaja terjadi semalam, terjadi??? bukan terjadi, baru je berlalu semalam.... apa kah cerita nya??? Cerita pasal lawatan ke Rumah Anak Yatim, Hulu Klang yang dengan jayanya dianjurkan oleh Seramu ( Sketariat Rakan Muda Uniten )
Ni merupakan kali pertama aku pergi rumah anak yatim, bukan anak kepada yatim.. harap maklum la okay, yang anak kepada yatim tu jangn la nak perasan sangat.. wekkk!!! Hati aku ni bercampur baur, excited  and vervous.. macam nak tercabut jantung rasa nye, al maklum la ni first time kan, yang penting rasa bersyukur sangat-sangat la kerana aku salah sorang join... alhamdulillah, kerimasan hati aku terubat sesampai nya kita orang dekat sana... wahhh!!! Kegusaran hati aku dekat rumah anak yatim tersebut semakin menghilang sepanjang program berjalan. Kegusaran ni bukan kerana apa, takut salah cakap, terguris pula hati kecil budak-budak, tak dia orang yang nangis, aku dulu yang melimpah ruah (nangis ). Basically, bukan semua budak-budak yang tinggal dekat rumah anak yatim tu adalah anak yatim piatu, cuma beberapa orang je yang yatim piatu, yang lain kematian ayah je.
Tapi aku rasa sebak sekali, apabila berkenalan dengan seorang adik daripda kumpulan aku ni dia cakap mula-mula ayah dia meninggal tak lama selepas tu mak dia pula yang meninggal. Adik tu seorang perempuan dan berumur dalam 17 tahun, jelas terpancar kesunyian dan kesedihan daripada mata nya. Orang-orang tua cakap mata tidak dapat berbohong, aku dapat merasai kesedihan nya, namun adik tu cukup kuat dan tabah, perasaan dia terselindung disebalik serauk wajah yang ceria.
Ya Allah!!! Kurnia kan la dia ketabahan dan kesabaran dalam menempuh kehidupan yang mendatang, berikan dia kehidupan yang lebih ceria dan moga-moga dia menemui kehidupan yang dia impikan amin....

Sekian
Tersentuh hati kecil aku, menitis air mata mengenang mereka

T___T

da'a

No comments:

Post a Comment