Pages

Search This Blog

Friday, 7 December 2012

Kasi Makan

Assalamualaikum
huhuhu


Hai semua...how was today??
Any nuts happened??
Yess!!

Ada-ada...
ceritanya macam nihh
tadi pergi la
CFGS
College of General Studies
atau juga dikenali sebagai IKAL
naik tingkat lima nak hantar assignment BM
dekat situ ada satu aquarium ikan

Masa aku pergi dekat situ tuuhhh
ikan-ikan tuh
macam gila...
so.. aku check it la aquarium tuhh
ada makanan ke tak
sekali aku jumpa

Jadi apa lagi
dengan muka selamba bodoh jeee aku ambil
makanan tuhh dan aku kasi laaaa ikan tuh makan
nasib baik la tidak ada orang lain
hahahahha

*aku memang gila.. ahahha :)


Sekian
Kasi Makan

^_____^

da'a ( bukuberabukkk = kalau korang semua di tempat aku, korang buat tak ape yang aku buat nihh?? rasanya tidak semua org cukup gila nak apa yang aku buat nih kn..hahahha ahahhahahahah..gigih2 aku tadi..buat muke seposen jeee ahhaha )

Thursday, 6 December 2012

Debaran Berakhir *huh

Assalamualaikum
HUHUU


Refer kepada post sebelum nih iaitu

Emira yang merupakan kawan aku
telah bertanding untuk menyertai
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Uniten

Dengan nombor calonnye iaitu
nombor 7
dan aku, mia dan qin selaku
agent kempen rasmi emira... *lol rasmi p0n boleh :P

Semalam merupakan hari mengundi
bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)
Uniten

Masa mengundi adalah daripada pukul 9 pagi sehingga 4 petang...
*tetapi ada yang tidak mengundi....dan ada yang tidak tahu dekat mana hendak mengundi
orang macam ini p0n ada.. ahahha

Jadi petanya itu 
dijalankan
sesi pengiraan undi
pengiraan undi yang mengambil agak lama masa
membuatkan kami dan semua calon serta agent
berdebar-debar

Jantung in bagaikan hendak tercabut... *degupan jantung kencang kot.. ahah
selepas agak lama menanti
akhirnya pada pukul 8 lebih kurang
pengumuman rasmi telah dibacakan oleh
nenek sherry.. hahaha *jahat siot aku..ngeee

Berdasarkan kiraan undi yang diperolehi, Emira hanya berjaya 
mendapat sebanyak 409 undi daripada penduduk uniten
alhamdulillah....
walaupun tidak menang tetapi kami bersyukur
penat lelah kami selama beberapa hari berbayar

Tahniah buat Emira
walaupun tidak berjaya anda still menjadi MPP
laksanakan tugas sebaik mungkin
*sokongan aku mengiringimu :)


Sekian
Debaran Berakhir

^_____^

da'a ( bukuberabukkk = hohoho..yay calon aku berjaya juga, walaupun tidak menang dia tetap menang d hati kami...ngeee... yag penting isnin minggu depan g makan satay willy..korang mampu?? aku rasa yang dapat undi tinggi p0n tak buat.. ahhahah *sedih buat korang )

Calon MPP

Assalamualaikum
Ngeeehehe


Semalam telah berlangsungnya
hari mengundi di paginya
dan pada petangnya
pengiraan undi

Aku telah dilantik sebagai agent
kempen calon MPP 
iaitu calon 7
Emira kawan kelas aku..
huuhuu

*first time jadi agent ok.... heheh :)


Sekian 
Calon MPP

:))

da'a ( bukuberabukkk = first time ever menjadi agent kempen pilihanraya kecil universiti.. huhuhu best... )

Saturday, 24 November 2012

~~PENGACARA~~

Assalamualaikum
Ngeeee...


Huhuu...
Pagi tadi pergi la Raub
satu daerah di negeri Pahang

Permergian aku ke sana bukan saja-saja
nak berjimba atau makan angin semata-mata
permergian aku bersebab
iaitu
menjadi
PENGACARA

Pengacara!!
Pengacara apa??
Haaaa... ceritanya macam ini
memandangkan ambik subjek Bahasa Melayu Koprat
sem ini, jadi assignment yang aku dapat ialah
tradisi di Malaysia
Selepas berbincang kami bersetuju
nak buat liputan pasal
Gulai Asam Tempoyak Ikan Patin
dan
Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Jadi aku telah ditugaskan
untuk menjadi pengacara semasa sesi
memasak tu bersama mia
pembantu aku....
Agak seksa gak jadi pengacara yang tak bertauliah nih

Mengacara spontan gila
tak ada baca skrip-skrip ni
memang spontan habislaaa....
bantai je
Agak kekok dan nampak keras la sikit
*biasa la tak biasakan
**nanti dah biasa ok laaa
***natural jeeee

Sekian
Pengacara

^__^

da'a ( bukuberabukkk: huhuu...first2 aku kena jadi tukang interview tapi last minit tukar jadi pengacara.. ahhaha, so aku sahut cabaran jadi pengacara untuk memasak masakan tersebut... ehhehe, memang tak keruan la tadi shooting..bantai je ayat berteraburrr, tungang langang.. ahah.. tapi yang penting siap dan sempoi.. huhu )



Sunday, 11 November 2012

Puding Telur Gula Hangus :))

Assalamualaikum
Heee...


Huuuuuuhuuu
aku dalam mood happy nih huhuhu
nak tahu kenapa??
Sebabanya
baca la tajuk post ini
PUDING TELUR GULA HANGUS
^___^

HOHOHOH!!
Berjaya menghasilkan 
puding nihh
suka sangat puding nihh...

Dulu time sekolah kalau ada jamuan je
mesti suruh umi buatkan
memang mendapat sambutan laaaa
sedaaaaaapppppp :))))
hingga menjilat jari kaki.. haha
p0n boleh jari kaki... ngeee~~

Jadi aku telah berjaya manghasilkan sebiji
puding ini
tanpa pantaunan umi (resepi umi) aku
selama ini dipantau
ini buat sendiri tanpa pantaunan dan resepi suka hati..
tapi dah tahu basic dia tuu.. haha just buat olahan je :)
Agak-agaknya boleh jadi chefff tak??

Amboi-amboi cita-cita setinggi langit
ko dah la belajar IT 
tiba-tiba chef pula
aku ketuk juga kepala aku sendiri nanti kan...
bengong la pula
@_@
Konklusinya jangan perasan!!!

Sekian
Puding Telur Gula Hangus yang nampak sedapp

^____^

da'a ( bukuberabukkk : ahahaha... tak sabar menunggu hari esok untuk makan puding air tangan sendiri ni, resepi umi tercinta.. esok pagi-pagi keluarkan daripada peti sejuk dan ngammm... melahap laa.. huu.. harap tiada yg minta la.. gua buat sikit je **cukup-cukup untuk aku sorang makan je :) )

Saturday, 10 November 2012

~10.11.12~

Assalamulaikum...
Hai hai hai


Sementara ada masa lapang nihhh
update belog laaa
kan berabukkk sudah la pula
tiada orang nak bersihkan
aku juga orangnya 
yang kena susah payah jadi tukang cuci
habukkk
sawang dan segala macam laaa

OK
10.11.12

what a nice sequel number right??
itulah tarikh hari ini
10 November 2012
10/11/12

Cantikkkkk...
ikut turutan.. haha
no wonder la ramai orang buat majlis kahwin hari ni.. hahahah
lol~~
what the.. tut!!

Nothing special pon mengenai
tarikh tersebut
tapi cantik jelahh.. ahha
that the only reason why


Sekian
10.11.12

What a wonderful combination :)

da'a ( bukuberabukkk : nice combination... sequential... )


Monday, 5 November 2012

Mohon Kemaafan

Assalamualikum

Heheh...sekian lama


Akhirnya setelah berbulan-bulan blog ini
tidak berupdate
akhirnya hari ini iaitu
Isnin 5/November/2012
saya telah update

Yang pasti bukuberabukkk nih
dah tersangat la berabukkk
berdebu-debu
nasib baik tak berkulat lagi
kalau la berkulat tak tahu apa handak dibuat

Disini saya ingin memohon kemaafan
kerana sudah lama tidak
update blog bukuberabukkk nih
kebelakangan ini
sibuk memanjang je

Busy sana busy sini
so, sampai tidak sempat nak update
kebetulan ada masa free nih
saya gigihkan diri ni update blog.. huhuhu

^____^

"rindu dunia blog"


Sekian saja

Memohon Kemaafan

:)))

da'a ( bukuberabukkk= harapan aku semoga kemaafan aku ini di terima laaa... hahahah, haihh.. masalah datang sebab tu lah tak boleh nak update... kalau tidak berderet je post :) )

Thursday, 26 July 2012

Solusi!!!

Assalamualaikum
Hohohoho


Memandangkan hari sudah masuk hari ke-7
puasa di bulan ramadhan
dan aku tidak tidur selepas sahur dan subuh *impressive ^____^
aku akan stay sampai la pagi.. heeeee

Ok sebenarnya
post ni sambungan kepada kepada post sebelumnya
iaitu Kantung Mata
ok post ni pasal
solusi kepada masalah yang aku hadapi 
sekarang iaitu
masalah kantung mata nih

Dialog:
Aku: nampak eye bag x?
Kawan: x ada p0n.
Aku: aku toleh muka depan muka dia *reaksi..
Kawan: haaa.. boleh la tahan la kuat
Kawan: ko ambik la hampass tehh tuu.. lepas tu tampal dekat eye bag
Aku: haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....ok2
Kawan: ko jangan la terus pakai...nanti letak colour merah dia tuu, nanti orang cakap kau pakai make up
Aku: ok...

WAHHHHHHHHHH!!!
Siap ada dialog bagai
***tapi dialog ini diubah atas kesesuaian...ngeee

So... aku try la
aku ambil satu tea bag
pastu aku bancuh dengan air panas
lepas colour merah tuu keluar
aku pon buangkan airnyaaaaa
sebab kalau tak di toskan dulu airnya
nanti lekat la pula warna merah kat mata tuuu
... hahahah
so aku dah try
dan macam tak ada perubahan p0n
*****mana nak nampak perubahannya kalau pakai 5 minit lepas tu terus basuh


NGEEEEEEE.......................!!!
Maaf kawan... hahahhahahahah
tak dapat nak tahan
next time aku cuba lagi
aku harap cara ini benar-benar menjadi
SOLUSI
kepada masalah yang aku hadapi ini


Sekian
Solusi

^___^

da'a ( bukuberabukkk = harap-harap la cara ini benar-benar menjadi solusi kepada masalah yang aku hadapi ini.. tak apa kawan *qaqa nanti lain kali aku cuba lagi petua kecantikan ko... ****kerlassss gitu )

Kantung Mata!!

Assalamualaikum
Ngee....


Salam RAMADHAN al-mubarak
selamat menyambut ramadhan yang ke-7
pejam celik pejam celik
hari ini sudah masuk
hari ke-7 kita berpuasa
dibulan yang mulia
BULAN ORANG ISLAM
kalau tak silap aku laaa...*kalau salah sila perbetulkan

By the way aku bukan nak cerita pasal benda bulan ramadhan nihh
kurang pakar dalam
bab-bab nihh..ngeee
tapi ape yang aku 
nak cerita ni ada berkaitan dengan bulan ini

Semenjak kedatangan bulan nih
KANTUNG MATA atau bahasa orang putihnye
(ENGLISH)
yang bermaksud 
eye bag
di wajah aku semakin kelihatan
sememangnya
jelas sangat dah macam panda daahh

haaaa..... macam nihhhh
tapi kalau macam ni panda ni tak apa
comel
tapi malangnya aku ni tak berapa nak comel *perasan la pulak...kih3
nak buat macam mana la kan
tidur pukul satu ke atas
lepas itu bangun sahur pukul 4.30 am
4.30 tuu
stay sampai la subuh
lepas subuh tidur balik
tidur dalam 3-4 jam bagun sahur

Orang pernah tegur
muka terukkk gila
muka tidur
haahahah.... ngeeeeee

Orang dah cakap
seelok-eloknya
lepas sahur jangan tidur dahhn*tapi ngantuk kot
mana la boleh nk resist panggilan
tilam yang empukkk, selimut yang mengiurkan dan bantal yang sedapppp
dengan tidurnya lebih kurang
3-4 jam je untuk satu malam
memang zombie laaa... huhuu


Sekian
Eye-Bag

:}

da'a ( bukuberabukkk = oleh kerana eye bag yang kelihatan jelas ni, terasa diri ni tak berapa pandai nak jaga penampilan..ceh ceh cehhh ayat *penampilan ko..ngeee )

Sunday, 8 July 2012

Santai-santai

Assalamulaikum
Ngeee...


Ok minggu lepas
semua geng-geng gossip kedai kopi keluar jalan-jalan
first pergi makan cendol *menu utama
lepas makan cendol
budak-budak nih
iaitu
mak jemah dan chombi-chombi
sekalian
terasa nak berkarok pula
apabila semua dah sepakat
apa lagi
rushing pergi karok
pusat karok laaa
karok la dalam sejam jee
tapi 54 minit je kita org karok
kenapa tak nya
first bilik kita orang masuk
tak boleh nak play
tak keluar audio
lepas 2
tukar la bilik 
tukar-tukar
dah berlalu 6 minit yang berharga
tapi tanpa berlengah
mula laaaa
karok time
ahahhahaha
dah macam apa karok
huhuuhuhu

tapi apa-apa pon
aku suka satu gambar yang ambik masa dah habis karok
cantik giler
cantik kan?? 
*gambar yang tidak di edited original jadi macam nih
unikgitu


Sekian
Santai-santai

^____^

da'a ( bukuberabukkk = perjumpaa yang best sangat... harap-harap perjumpaan lepas ni lagi best.. huhu ^_^ )

Cantik

Assalamualaikum
Bertermu lagi


Walaupun sekadang dah mula sibuk
sempat lagi aku update blog nihh
aahahahhahha
nak buat macam mana
kang nanti berabukkk
pula blog nihhh
bersawang-sawang tak ada orang nak jenguk pula

Straight to the point la
post pasal 
Cantik
huhuu
adira af8 sungguh cantik la
dah la putih melepak
huhu
gila jappp

Dah la putih
pakai blusher pink kat pipi
nampak kawaiiii (comel) sangat
tak senang duduk aku tengok dia
hahahahhahaha


putih gebu.. huhuu


Sekian
Cantik indah ciptaan ALLAH S.W.T

^_____^

da'a ( bukuberabukkk = huhuu... cantik gila bai, aku pon nak ade kulit macam dia dan putih macam dia.. memang orang kadazan cantik2...*terpikat =} )

Wednesday, 4 July 2012

Cekodok di Petang Hari

Assalamualaikum
Huhuu....


Okay merujuk kepada tajuk diatas
pasti korang semua dah tahu
ni post pasal
CEKODOK!!!
cekodok pisang
sedappp beb 
makan cekodok petang-petang nih
aku ni dah la hantu cekodok
memang pantang jumpa
cekodok memang terus nak beli
hhuuuuu

Sedap sungguh dapat makan cekodok nihh
lagi best kalau dapat cekodok
yang banyak pisang
tadi yang gandum dia sikit
itu lagi lah aku suka
yang macam kek pisang tuu
memang bukan taste aku laaaa
tak main la
aku makan yang original taste jeee.. heee
*choosy giler kan =}
be
haaaaa ni dia gambar dia
huhuhu
sedaaaaaaaaaaaaaap

Sekian
Cekodok yang sedappp

^________^


da'a ( bukuberabukkk = sedap sungguh makan cekodok pisang nih, maklum la aku ni memang hantu cekodok pisang pantang nampak memang akan beli la, kalau dekat rumah memang selalu request dengan nenek aku suruh dia buat, dia buat banyak pisang =] )

Sunday, 1 July 2012

Gayishhhh!!!

Assalamulaikum
Hohooh....


Bertajuk hangat post aku hari ni
GAYISHHHH!!!
Kenapa aku nak buat post ni tiba-tiba hari ni?
adakah aku ni gay ke??
bukan-bukan
bukan sebab itu

Semalam buka faceb0ok tengok la gambar
tengok punya tengok
ada la terjumpa gambar
yang menimbulkan
mood gayish didalamnya
ahhahah
bukan la gambar orang bercium tapi korang layan jelahhh.. huhuu
dan bukan juga gambar lucahho
heeeeeeee

haaaa ni dia buktinya
ahhaha

"love kudin"
~tan~

"Tan, i love you too!!"
~kudin~

sweet isn't it??
hahahahahhahahhaahhahahahhahahahahahah


Sekian
Gayishh... hoho

:P

da'a ( bukuberabukkk = adoi korang ni kalau la ye p0n gay jangan la nak tunjuk kat orang sangat.. huhu )

Durian Santan

Assalamualaikum
Heheh..berjuma lagi kita


Haaaaaa..... hari ni aku dapat
merasa makan durian santan
atau maybe bagi aku boleh 
dipanggil sebagai pengat durian la
cuma yang ni
isinya telah diasingkan 
daripada bijinya
dan maybe di blend 
kasi hancur
dan dicampur dengan santan

First timer macam aku p0n boleh cakap sedap
orang yang membesar dengan benda tuu mesti
lagi suka
*overall best laaa ^____^

Tapi lagi best makan
durian santan ni dicicah dengan
roti
especially roti gardenia yang sedap tuuu
ni la rupa bendanya
cair pekat
berkuahh

sedapppppppp...muahhhhhhh

Sekian
Durian Santan boleh tahan

^___^

da'a ( bukuberabukkk = sedap la pengat durian ni or durian santan, boleh tahan makanan orang negeri sembilan ni, heeee dekat kelate tak ada benda macam ni tapi kelate ada lepuk haaaaa.... lagi best )

Saturday, 30 June 2012

Abraham Lincoln

Assalamualaikumang ter
Dah lama tak bersua.. heheh



Maaf diucapakan kerana
kebelakangan ni aku sibuk memanjang
tak sempat sangat nak update
buku berabukkk nih
sampai berabukkk - rabukkk

Haaaa....sambung cerita
mesti korang tertanya-tanya
kenapa tajuk post aku nih presiden amerika
tak bermakna aku ni penyokong amerika ok
tadi keluar dengan member-member
so mengidam nak tengok movie
so decided nak tengok cerita
Abraham Lincoln
Vampire Hunter

mengisahkan
abrahanm lincoln
sebagai pemburu vampire atau pontianak
how he trained himself to kill those beast
until he was known as the president of AS

boleh la layan 
untuk hilangkan bosan
bagi aku boleh tahan la cerita dia
part yg paling aku suka ialah part dia membunuh 
vampires with his axe's 
how he handled the axe 


Sekian
Abraham Lincoln 

^___^

da'a ( bukuberabukkk = dah tak ada idea sangat sampai guna abraham lincoln untuk buat cerita, cerita yang unik tapi tidak lah memberangsangkan sangat bagi aku, aku expect more than that )

Monday, 18 June 2012

Berabukkk...

Assalamualaikum

Berabukkk sudah
buku berabukkk nihh
maklum lah 
dalam lama aku tak update
busy la katanya
hahahaha
ehheh
harap2 tak ada la labah-labah
sempat buat sarang...ngeee
next time aku akan update lagi
post nih just
nak bersihkah
habukkk sikit je
ngeee :P

Sunday, 29 April 2012

Merangsang = Enhance

Assalamualaikum
HEHE...

H0oiiii...
Aku ni apa kes tengah-tengah malam ni
duduk update blog
mesti bersebabnya aku updatenya .. hehehe

Tadi member ajak pergi makan dekat luar
aku ni pantang tolak ajakan orang
lagi-lagi orang nak belanja kan
terus je nak ikut
so... aku ikut la diorang pergi keluar makan
tak pergi jauh pon
pergi kat bandar baru bangi je
makanlah char kuew tiaw 
dalam tu ada la 3 ekor udang yang betul-betul mengiurkan
mengiurkan?? dah macam tengok awek je... kah3... gila otak aku nihh
so aku bukan nya allergic sangat p0n dengan hidupan laut tu pon
tapi bila makan je
memang akan meninggalkan kesan yang abadi
contohnya sebleum makan tadi tak ada legi jerawat yang obvious 
suddenly 2 jam lepas tu raba muka
ahhahahaha....
bukan nak cakap apalahh
jururawat muncul dengan konco-konconya
sadis betul
tu la mengada member dah larang makan
tapi aku makan juga
degil punya budak
kan padan muka aku 
Y_____Y
by the way memang binatang ni
obviously MERANGSANG!!!
pelik pulak bila sebut merangsang nihh
dah macam rangsangan sek... *sorry aku terlucah pulak malam nih
maklum la bila dah datang malam otak pun mula duduk buat biol la
mengarut tak habis la
untuk tidak melepaskan banyak lagi 
aku punya kegilaan
better aku stop dekat sini je

**by the way nak makan udang

p/s: boleh tahan gedik aku ni dah tahu bila makan udang tu akan naik jerawat makan jugakan :(
ni la budak degil tak pernah nak dengar cakap orang TUA.. hehe

agak-agaknya korang boleh resist ke untuk makan udrang nih
even dah tahu apa akan terjadi
* i can't resist it ^___^

Sekian
Merangsang = Enhance 

^___Y

da'a ( bukuberabukkk = aku ni bukan nak cakap apalah tapi udang merupa perangsang kenaikan jerawat dekat muka aku nih... tapi aku juga tidak boleh menolak untuk makan udang sebab rasanya dah agak lama tak makan udang ni so bantai la... tuu p0n aku makan 2 ekor je saiz sederhana besar )

Saturday, 28 April 2012

Assalamulaikum..


Just nk share benda yang aku rasa 
sangatlah bermakna
**worth than worth it

Jika Bangsa Tiada Bahasa

Bahasa tumbuh di kebun peladang:
ada bahasa burung ada bahasa belalang
ada bahasa sawah ada bahasa bendang
ada bahasa bunga ada bahasa kumbang
ada bahasa padi ada bahasa keladi
ada bahasa bukit ada bahasa langit
ada bahasa gunung ada bahasa awan
ada bahasa pohon ada bahasa haiwan.

Bahasa mahir di rumah tukang:
ada bahasa gergaji ada bahasa besi

ada bahasa pahat ada bahasa tukul
ada bahasa paku ada bahasa kayu
ada bahasa pisau ada bahasa pasu
ada bahasa kapak ada bahasa pasak.

Bahasa belayar di laut hidup:
ada bahasa ikan ada bahasa ketam
ada bahasa sotong ada bahasa udang
ada bahasa kerang ada bahasa karang
ada bahasa mutiara ada bahasa tiram
ada bahasa kapal ada bahasa pelabuhan.

Jika bangsa tiada bahasa
layakkah bernama manusia?

ABDUL HADI YUSOFF
Kelantan Darul Naim.

Terlalu malang kalau ada yang tidak mampu memahami ..
Sekian 
I just love it 
^__^
 da'a (bukuberabukkk = harap korang boleh cari maksud yang tersirat beneath sajak nihh... sungguh bermakna tidak ada kurangnya )
 

BERSIH == KOTOR

Assalamualaikum..
HUHU


Hahahahahahhaa
dah terpampang jelas tajuk dia
BERSIH == KOTOR
and BERSIH 3.0
truthfully a very disgusting for pe :(
my vote not for you...dream on (pathetic)

Daripada pergi bersih "duduk bantah"
baik tidak payah kemana-mana stay je dekat rumah
"duduk rumah"
kalau pergi bersih cari nahas je
kalau duduk rumah dapat senang lenang
goyang kaki.....
which is heaven
daripada pergi bersih buat kerja yang amat merugikan
baik duduk rumah bermesra dengan keluarga...bukan itu lagi bagus??

by the way itu je yang mampu aku luahkan
not worth it

walau bagaimanapun
 aku nak share gambar yang aku sangat suka dan memberi kesan yang mendalam
lebih-lebih dengar bersama lagu nih 

nih pula gambar yang aku cakapkan tadi

 haaaaaa... .. kan aku dah cakap
kan best gitu kalau macam nih kan..semua happy je.... tak payah nak havoc-havoc p0n
aman pula tu..

bagi sesiapa tak suka post aku ini maafkan not my intention to hurt your feeling perhaps 
tak suka ignore je *** by the way aku tak suruh korang baca bagi yang tak suka la

p/s: peace no war :D

Sekian
BERSIH==KOTOR

:p

da'a (bukuberabukkk = aku amat-amat lah tidak menyokong benda ni sama sekali ... this thingy are out of my league sorry to say.... i hate violence, hardness and any type of harsh ways... it 100% not me :P )


Friday, 27 April 2012

BERSIH la sngt

Assalamulaikum
Hey...

Hayaaaiii...
dah lama jugak update bukuberabukkk nihh
agak-agah dah berabukkk ke belum?
harap tidak lah...

Kalau tengok pada tajuknya
aku rasa korang semua pasti tahu pasal apa nihh
pasal apa?? pasal lagi kalau bukan pasal BERSIH 3.0 tuuu
tak payah nak bersih sangat la kalau oyak tu tak pernah nak bersih
kerja nk huru harakan keadaan je
fucker betul aku dengan orang yang nak buat bersih nihh esok
kalau aku jumpe nak sepak-sepak je
jangan la korang nak cemarkan Malaysia yang aman nihh
kalau betul-betul nak huru harakan
sila la pergi Thailand tu
baru best siap ada bom bom lagi
kalau dekat Malaysia tak ada semua tu
pasti tak best perhimpunan tanpa bunyi bom bommmm nihh
aku memang anti gila la dengan benda bodoh nihh
tak ada kerja lain ke nak buat haaaa???
kalau tak ada kerja lain
sila la cari kerja untuk memajukan negara kita nihh
daripada korang buat benda yang tak berfaedah tu
tolong la matang sikit
babi la bagi sesiapa yang sokong tu
aku tak berkenan langsung
minda kelas ketiga.... all of you are suck!!!


Sekian
BERSIH ke??

:P

 da'a (bukuberabukkk = kerja tak puas hati je... third class thinker kesian la kat korang )

Wednesday, 11 April 2012

Penuh Sejarah!

Assalamualaikum...
Hey semua

Boleh lagi aku nih update post baru dalam orang satu asia tenggara 
rusing

Penuh Sejarah!!
Hari ini merupakan Hari Pertabalan Agong Malaysia yang ke-13

dimana Sultan Kedah, Sultan Halim yang sudahpun mengangkat sumpah sebagai agong Malaysia pagi tadi. Baginda merupakan satu-satunya sultan di Malaysia yang pernah menjadi agong untuk kedua kali nya, dimana yang pertama kali baginda menjadi agong ketika pemerintan Tun Abdul Razak PM ke-2 Malaysia dan sekarang baginda menjadi agong kepada Datuk Seri Najib PM ke-6 Malaysia yang merupakan anak kepada Tun Abdul Razak.

Sebelah petangnya, kecoh satu dunia dimana Indonesia
mengalami gempa bumi yang berukuran 8.9 yang cukup kuat, yang pastinya akan 
menghasilkan tsunami almost disemua negara asia tenggara dan juga negara asia lain.
Kalau diikutkan, kekuatan gempa bumi hari sungguh dasyat seperti gempa bumi yang melanda aceh pada tahun 2004, 8 tahun lepas...tsunami yang berjaya memusnahkan bandar acheh
berjuta manusia kehilangan nyawa..
**adakah perkara yang sama akan menanti??
Mungkinkah aceh akan hancur kembali seperti 2004?

Bersiap sedialah Malaysian, malam ini kita akan dilanda tsunami disekitar pantai barat semananjung dan pantai utara semannjung... dengan kelajuan 760++!!! Cukup kuat!!
Ayuh kita beramai-ramai berdoa agar tiada kejadian dasyat akan menimpa kita nanti...
Dijangkan gegaran atau tsunami akan melanda Malaysia pada pukul 9 lebih
bersiap sedia semua..sila berpindah ke tempat timggi dan jauh daripada pantai.


Penuh Sejarah
Pertabalan Agong hadir bersama gempa bumi


Sekian
Harap semua jangan ambil ringan pasal tsunami nih

:(

da'a ( bukuberabukkk = aku mendoakan agar semua rakyat Malaysia tidak akan merasai musibah ini, dan kita hendaklah mengingati peringatan Allah...gempa bumi merupakan salah satu tanda kiamat, bersiap sedialah kita wahai muslimin )

Monday, 2 April 2012

Ngidam ^^3

Assalamualaikum
Selamat bersua semua..kih2



Haaaaa
Dah April p0n
cepat betul masa berlalukan....*tak puas 

Dah-dah nak cakap pasal tajuk diatas tuu
Ngidam
Lately nih, aku nihh asyik duk ngidam je
yang paling aku ngidam ialah
Cek Mek *kueh kelate yang sedap...mengiurkan leleh laaa
tapi apakan daya susah nak jumpa kat Selangor nih ... heheh

Seterusnya, aku ngidam nak bela SUGAR GLIDER
dah lama dah aku luahkan pasal benda nih
tapi entah lah kenapa
tiba-tiba rasa nak memiliki binatang nih semakin membuak-buak
asyik fikir pasal bintang nihh je
***harap dapat la benda nih cute sungguh
x tertahan

gambar kepada apa yang aku mentioned dekat atas

 nih lah dia kueh CEK MEK..sedap kueh nihh
luar dia ubi keledek penyek bila makan keluar gula pasir cair...
condition yang part leleh tu yang pasling best ^___^
*balik kelate nanti nak kena puaskan nafsu makan


ni lah dia Sugar Glider idaman hati
*comel sangat benda nih.. nampak je macam tikus tapi bukan ea
binatang nih marsupial, nocturnal (active malam)
***dapat hadiah besday kan best, HOPING!!!!


Sekian
Ngidam

^___^

da'a ( bukuberabukkk = harap sangat la aku dapat apa yang aku idamkan nih..yg paling aku nk sugar glider n handphone sony experia yang baru..yang cek mek 2 bila-bila p0n boleh dapdat, harap some one boleh berikan time besday aku..kih3, dream on la da'a 0oii orang nak kasi  kat ko :P )

Sunday, 25 March 2012

Terhapusnya Duka DIRANG!!!

Assalamualaikum
Sekali lagi aku update


Post kali agak menyayatkan hati aku, awal bulan ini Malaysia telah sekali lagi digemparkan dengan berita kehilangan kanak-kanak yang bernama DIRANG yang baru berumur 5 tahun. Berita kehilangannya akhirnya membuatkan pihak polis telah menjumpai mayat kanak-kanak yang telah dibakar. Selepas ujian forensik dan bedah siasat diajalankan ke atas mayat terbabit, pihak polis mengesahkan yang mayat kanak-kanak yang rentung dibakar itu merupakan DIRANG yang hilang terbabit. Sayu hati aku mendengar berita ini, betapa manusia sungguh kejam anak kecil yang tidak berdosa telah dibakar. Lagikan bintang sayangkan anaknya inikan pula manusia yang dianugerahkan akak fikiran untuk berfikir.... dimana kewarasannya??? Mana hilangnya kemanusiaan mu wahai manusia? Kenapa kanak-kanak kecil yang menjadi mangsanya, apa salahnya? Sampai begitu sekali engkau perlakukannya...... Tapi akhirnya pembunuhnya akan didakwa atas pertuduhan membunuh . Lewati link ini sebagai sumbernya DIRANG!!!

*Semoga pembunuhnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka
*** Semoga roh Dirang tenang dan aman disana, bagi yang mereka yang membaca sedekahkanlah
       al-fatihah sebagai bekalnya dialam sana


Sekian
Hapuskanlah dukanya

^__^

da'a ( bukuberabukkk = sangat sedih dengan berita ini, sedih sekali~ memang tak terkata-kata aku menulis post ni.. T___T derai air mata )

SETUJU

Assalamualaikum
Huhu..

Update blog sikit
nasib baik tak sempat nak berabukkk
hohoho =3

Ok, merujuk kepada tajuk diatas SETUJU
aku nak share la sikit 


Selalu tak korang tengok pngantin perempuan cantik jelita lelakinya pula "muka pecah rumah"? Tahukah anda kenapa jadi begitu?

Penjelasan saintifik dari pemerhatian saya ialah bukannya yang hebat dan kacak boleh memiliki yang jelita. Tetapi yang berani menyatakan mereka "mahu" yang biasanya dapat. Ada yg cantik jelita pernah katakan pada saya, pasal mungkin cantik itu menjadikan semua orang beranggapan "dah tentu ada bf" ataupun "ni mesti high maintenance" ataupun "aku ni bukanlah taste dia dan tak sesuai dengan rupa cantiknya" dan terus bertindak untuk tidak mecuba dan kalah sebelum mencuba, tetapi last2 yang dapat adalah orang yg tidak lah hensem tetapi berani mencuba dan berfikiran positif sebelum mencuba. Setelah dah dapat rupanya bila ditanya Si Cantik kenapa pilih Si Tak Hensem lalu dijawap "Dia orang pertama yang bertanya...."

Dalam hidup juga sama. Kadangkala kita rasa sesuatu itu bukan milik kita sebelum mencuba. Renung2kan yer ;) cc
muhd ridzuan zulkiflee (facebook)
 
By the way, aku nak cakapkan yang aku sangat berSETUJU dengan pendapat mamat nih
muka handsome tak semestinya seseorang itu ada awek
dan
muka yang tak handsome tak semestinya tak ada awek
*tapi sekarang, orang perempuan nak laki yang handsome-handsome je, ni pendapat aku la :)

Sekian
Handsome ke tak handsome??
^___^
 da'a ( bukuberabukkk = aku nak cakap dekat sini, handsome tak semestinya yang terbaik, kalau handsome hati tak ada taman p0n buat apa la juga, harapkan muka je handsome hati tak handsome buat apa.. heee * no offend )

 

Wednesday, 21 March 2012

Confusing (0+0)

Assalamualaikum
Sekali lagi dalam minggu ni buat post baru


Terus kepada topik diatas sana
Confusing!!!
Selama lebih kurang 2 tahun aku duduk dekat Selangor 
sepanjang aku belajar nih
ada satu perkara yang betu-betul buat aku confuse especially definisi ulat!!
untuk kasi terang lagi, disini aku tampalkan gambar
kasi korang boleh gambarkan dan menjawap persoalan yang membelenggu aku sekarang nih

*benda kat bawah di ulat ke???


*binatang dekat bawah nih ulat ke kumbang??



Actually aku tak confuse p0n tapi aku nak dapat pendapat korang je, aku benda yang ade kaki dan 
bersayap macam gambar tu akan dipanggil kumbang.

Second, binatang yang tak berkaki dan tak bersayap dan nampak menggelikan macam gambar 2 dan 3 baru akan dipanggil ulat.

Tapi apa yang membuat aku jadi tak puas hati, ramai kenalan aku dari negeri selain negeri kelantan pangggil serangga dalam gambar 1 tu sebagai ulat. Aku sering kali tergelak dan pelik sebab diorg panggil kumbang tu sebagai ulat yang membuatkan aku confuse dengan term yang digunakan itu. BTW no offense

So, aku nak dapatkan jawapan daripada korang semua, lontarkan pandangan korang....
macam mana korng mendefinisikan sesuatu binatang tu.. heee


Sekian
Kumbang dengan ulat p0n jadi isu

^^,

da'a ( bukuberabukkk = harap persoalan aku ni terjawap la hendaknya, aku nk tegaskan dekat sini ulat dengan kumbang p0n tak reti nak beza kan ke?? serangga yang bersayap juga yang dipanggilya ulat diamana kalau ikut logik nya kumbang )

Tuesday, 20 March 2012

Kuda

Assalamualaikum
Heee....


Ok, merujuk kepada tajuk diatas
aku tak nak merapu panjang
tadi pergi la Stable Kuda Uniten
tadi aku pergi saja-saja 
tak ada motif pon
saja nak tengok kuda je
maklum lah kan
*baru masuk UNITEN kan
so, tadi aku dah buat lawatan rasmi dekat
kandang kuda uniten
banyak juga la kuda-kuda dekat situ
aku yang first time jejak kaki dekat situ p0n
terasa sangat teruja
So, apa la lagi dah kuda ada didepan mata (0-0)
tangan p0n gatal la
tu la tak pasal-pasal sempat pengang seekor kuda 2
sempat la mengaplikasi apa yang aku tengok dalam satu cerita untuk mendekati haiwan
katanya *establish trust and only then can proceed

nih lah gambar sebagai bukti nye
*ignore manusia ni, focus dekat kuda je k


Sekian
Kuda-kuda

^___^

da'a ( bukuberabukkk = first time ever, nice la pergi stable tadi.. hooh overal nice )

Monday, 19 March 2012

Morning

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua


Morning
Harap semua have a very bless morning =)

Bila bagun pagi-pagi nih
mata kalau tak sembab atau tak mata panda
memang tak sah
nak juga sembab dan mata panda dia tuh
:(



Sekian
Morning sekali lagi

^^,

da'a ( bukuberabukkk = saat aku bangun pagi memang tak boleh lari daripada mata sembab dan mata panda, memang tak sah la kalau tak ada semua tuh... complete set orang cakap :( )
 

Monday, 12 March 2012

~Cekodok~

Assalamulaikum
Heeee..lama x berupdate


Agak lama aku tak update blog bukuberabukkk nihh
agak-agak dah berabukk sangat dah nih
Tanpa buang masa
aku nk cakap yang aku sekali lagi
mengidam nak makan CEKODOK pisang
walaupun minggu lepas dah makan
minggu nih still nak juga
adoiaaaaa
nihh rindu rumah punya pasal la nih
semua mengidam..meleleh air liur ^^,

*kasi leleh lagi tengok gambar nihh

 sedap sungguh benda nih ^___^
yummy
menangis perut  aku tengok :(
air liur mencurah-curah

Sekian
Cekodok
 
^_____^ 

da'a ( bukuberabukkk = even last week dah makan sikit, tapi aku tak dapat hilang kan rasa rindu nak makan benda alah yang sedap nihh, asal dari kampung ke kampung juga balik nya even duduk kat bandar, hope petang nihh dapat melahap benda bessssst nih ^^, wish me luck )

Wednesday, 29 February 2012

Dah bukan lompat

Assalamualaikum
Post kesinambungan daripada post lompat-lompat

Heeeeee..
Sekarang dah masuk 1 MAC 2012
WOW!!
no more katak dekat homepage GOOGLE
gambar katak tu hanya untuk semalaman  jeee
terima kasih 


Sekian
4 tahun lagi la baru ada tarikh 29/02...

^^,

da'a ( bukuberabukkk = sabar jelahh bagi yang akan sambut hari lahir anda 4 tahun lagi iaitu 2016..wahhh almost 2020 )

Lompat-lompat

Assalamualaikum
Since lama dah tak update

Hello!!!
Hari ni aku meluangkan sedikit masa
untuk sharing benda sikit
terutamanya tajuk yang dekat atas sana tu
LOMPAT-LOMPAT

Kenapa lompat-lompat??
mesti korang tertanya-tanya kan kenapa tajuk post aku untuk kali nihh macam nihh
bukan bermakna aku suka melompat
Direct to the point la
hari nih date dia
29/02/2012
aku rasa confirm dah tahu kan bila aku tulis tarikh dekat atas sini nih
yelahh, tahun ni kan tahun lompat
So, confirm-confirm la date 29 bulan dua ni akan berulang empat tahun sekali
amat bertuah la bagi sesiapa yang lahir pada tarikh ini.. heeee ^__^

Cite nya, hari ni member aku bukak GOOGLE
and terperasan yang dia punya homepage ade gambar katak
katak digambarkan sebagai tahun lompat
sebagai buktinya bawah sini aku sediakan bukti nya

 Tuhh diaa... hahaha
katak kan??
huhuhu
hohooh
 hahaha
^______^


Sekian
Katak melompat bermakna tahun lompat

^_____^

da'a ( bukuberabukkk = aku ingin ucapkan selamat hari lahir bagi yang lahir pada tarih 29 nih, amat beruntung lah bagi sesiapa yang lahir tarikh nihh..susah nak dapat kot 4 tahun sekali kot ^^, )